Kejayaan perniagaan adalah 98% bergantung kepada hubungan kemanusiaan. Untuk berjaya, haruslah kita mengenalpasti perbezaan, kepelbagaian yang terdapat dalam diri manusia. Nobody is the same,everybody has different needs, aims,objectives,attitudes. Manakala selebihnya, iaitu 2% adalah berdasarkan keupayaan teknikal kita (cara menyampaikan fungsi/guna produk atau alatan dan cara untuk menaja.
Hubungan Teknikal adalah berguna di fasa permulaan iaitu semasa memperkenalkan produk manakala hubungan Kemanusiaan amat penting untuk meneruskan perjalanan di dalam bidang perniagaan. HK yang baik akan menjamin kelangsungan hidup sesebuah perniagaan. If you maintain your human relationship, your business is guaranteed to last long or to persevere.
Fungsi Seni Kemahiran HK adalah untuk
1. MENGERATKAN silaturahim
2. MEMBINA hubungan hingga
3. MENAMBAH pengaruh kita di dalam diri mereka.
Bukan bermakna kita memaksa manusia mengikuti kehendak jangka pendek kita, tetapi lebih kepada kepercayaan yang diberikan oleh mereka. Ingat, trust needs to be earned not gained.
Ada TIGA peringkat/kategori Pemimpin:
1. HIGH PERFORMANCE BUSINESS LEADER:
Ciri-cirinya:
Mengambil berat berkaitan orang(client) dan keuntungan.( Client & Profit Focus)
Bersikap optimis kepada orang Bawahan
Tidak malu meminta nasihat daripada orang Bawahan
Mahu mendengar pendapat semua orang Atasan dan Bawahan
2. AVERAGE PERFORMANCE BUSINESS LEADER:
Ciri-cirinya:
Memberi tumpuan hanya pada pengeluaran/penjualan produk ( Production Focus)
Lebih fokus pada status diri sendiri
Enggan Meminta nasihat dari orang bawahan
Hanya mendengar pendapat pegawai atasan dan menjaga hati 'upline'
3.LOW PERFORMANCE BUSINESS LEADER:
Ciri-cirinya:
Hanya menjaga kepentingan diri sendiri( Self Focus)
Kurang memberi kepercayaan asas kepada orang bawahan
Langsung tidak menghargai nasihat dari orang bawahan
Mengelak komunikasi dan hanya bergantung kepada manual polisi,tidak menjaga orang atasan dan bawahan
Perkataan yagn paling penting di dalam HK:
1. ENAM PERKATAAN
" SAYA SEDAR KESILAPAN SAYA. MAAFKAN SAYA"
(nobody's perfect. tidak jatuh maruah pemimpin bila mengakui kesilapan)
2. LIMA PERKATAAN:
" TAHNIAH! KERJA HEBAT, SUNGGUH MEMUASKAN"
(memberi perangsang walaupun usaha itu sangat kecil)
3. EMPAT PERKATAAN
"APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG..."
(meraikan pendapat yang diberi oleh orang lain atas dasar kepelbagaian idea/ilmu/kemahiran/pandangan)
4. TIGA PERKATAAN
" HARAP TIDAK KEBERATAN...."
( manusia tidak suka kepada arahan dan tidak akan ikhlas untuk mematuhinya)
5. DUA PERKATAAN
" TERIMA KASIH"
(ahli/staf bekerja bukan untuk ketua tetapi ahli dan leader bekerja bersama-sama/ TEAMWORK)
6. SATU PERKATAAN
" KITA"
(menyatakan rasa bersatu padu. the Oneness= Unity)
Perkataan yang KURANG penting =========> SAYA.
Sungguh banyak maklumat yang dipelajari. Bukan setakat mengajak orang membeli produk tetapi DCL mengajar kita erti Pemimpin, erti Kekitaan dan mengajar kita 'apabila telah dapat mencapai bintang, jangan lupa tanah yang dipijak'.Bersifat ikut resam padi====> Makin berisi,makin tunduk. Semakin banyak ilmu dan kejayaan dikecapi,semakin merendah diri.
I LIKE!!! Happy to be in a company that teaches me to be humble yet helpful.
No comments:
Post a Comment