Friday, 20 April 2012

Khasiat Madu...


Pengambilan madu telah diamalkan oleh manusia zaman berzaman. Ianya telah digunakan oleh masyarakat dari pelbagai benua sebagai satu kaedah rawatan semulajadi yang berkesan. Madu juga telah disebutkan didalam kitab suci Al-Quran di Surah An-Nahl ayat ke 69 sebagai penawar kepada manusia. Di dalam artikel ini kita akan melihat 7 khasiat madu yang mungkin boleh meyakinkan anda untuk meletakkan madu sebagai satu menu dalam amalan pemakanan harian anda.



1. Pemberi Tenaga Segera

Disamping rasanya yang manis dan sedap madu juga dikenali sebagai “penyuntik” tenaga semulajadi yang mampu mengelakkan kita dari keletihan. Rahsia kelebihan madu ini adalah pada kandungan karbohidrat dan glukosa yang dapat membekalkan tenaga kepada kita. Maka tidak hairanlah ahli-ahli sukan secara amnya ataupun pelari marathon secara khususnya mengamalkan madu sebelum bersukan sebagai penambah tenaga semulajadi.

2.KhasiatMaduMembantuProsesPencernaan

2.Pembantu Pencernaan Makanan (Digestion Agent)

Tabiat makan yang buruk yang mengganggu proses pencernaan. Madu merupakan salah satu alternatif berkesan yang dapat membantu kita dalam proses mencernakan makanan. Amalkan madu setiap hari bagi mendapat sistem pencernaan yang baik.

3.KhasiatMaduSebagaiBahanAntioksida

3.Bahan Anti-oksida Yang Berkesan (Effective Anti Oxidant) 

Di dalam madu terdapat sifat-sifat antioksida yang baik untuk kita. Antioksida disini bermaksud bahan yang membuang agen pengoksidaan yang merbahaya di dalam tubuh manusia. Dengan mengamalkan madu sekurang-kurangnya satu sudu setiap hari anda telahpun membekalkan bahan antioksida yang bermanfaat untuk tubuh anda.

4.KhasiatMaduSebagaiPenggalakBakteriaBaik

4. Penggalak Penghasilan Bakteria Baik (Good Bacteria Enhancer)

Madu berupaya untuk menggalakkan bakteria baik didalam tubuh kita dan pada waktu yang sama mengurangkan jumlah banteria yang tidak baik. Ini penting bagi memastikan tubuh kita tidak terdedah dengan jangkitan. Madu boleh dikategorikan sebagai antibiotik semulajadi termanis didunia!

5.KhasiatMaduSebagaiUbatSakitTekak

5. Pengganti Ubat Sakit Tekak (Alternative Sore Throat Reliever)

Jika anda mengalami sakit tekak yang berpanjangan anda digalakkan untuk mengambil madu sebagai rawatan alternatif dan semulajadi untuk memulihkan kesakitan anda. Minum sesudu besar madu setiap kali anda mengalami sakit tekak dan ulangi bila perlu, insyaAllah masalah sakit tekak anda akan berunsur pulih.

6.KhasiatMaduSebagaiPerawatKulit

6. Perawat Kulit ( Skin Treatment Agent)

Fungsi madu yang mengandungi bahan antibiotik yang membunuh kuman sesuai untuk digunakan pada wajah sebagai masker. Ia berkesan untuk memulihkan jerawat, membunuh bakteria dan dalam pada masa yang sama melembapkan kulit. Anda juga boleh gunakannya pada kulit yang terluka bagi menghalang jangkitan bakteria.

7.hasiatMaduBagiMembantuAndaTidu

7. Penenang untuk Tidur Lena ( Peaceful Sleep Inducer)

Bagi anda yang sukar tidur anda boleh mengamalkan meminum madu yang dicampur bersama susu panas beberapa minit sebelum tidur. Kandungan asid amino, vitamin dan mineral bertindak sebagai bahan penenang semulajadi yang membantu anda tidur dengan lebih lena. Amalkan meminum madu sebelum tidur bagi mendapatkan tidur yang lebih berkualiti.

BONUSKhasiatMaduBagiPasanganBerkahwin

8. Pengikat Hubungan Suami Isteri ( Effective Aphrodisiac) 

Madu juga boleh menjadi bahan afrodisiak yang boleh membangkitkan keinginan diantara pasangan suami isteri. Jadikan amalan meminum madu untuk menghangatkan lagi hubungan suami isteri anda!


 Madu juga sesuai diamalkan oleh mereka yang menghidap diabetes. Apa yang penting disini adalah, anda perlu mendapatkan stok madu yang benar-benar tulen dan bermutu. Elakkan dari membeli madu tiruan yang di campur dengan gula dan pelbagai bendasing lain yang menjejaskan khasiat dan boleh membahayakan kesihatan anda. 




No comments:

Post a Comment