Salam bloggers sekalian,
Blogpost kali ini PRA nak share bahaya pengambilan panadol. PRA ambil dari seorang blogger(tapi terhilang pulak web addressnya.Credit goes to the blogger for such excellent write-ups)
Sejak PRA berusia 12 tahun, sering mengalami migrain atau selalunya pening kepala. Semakin meningkat dewasa, masalah migrain makin menjadi2. Sewaktu di sekolah menengah,saya tinggal di asrama. Mak akan bekalkan panadol dan minyak cap kapak. Bila kena migrain,tak pergi sekolah atau pergi sekolah tapi tak dapat tumpu pada pelajaran.Asyik sapu minyak angin kat kepala n tengkok sampai kwn2 pun kata saya ni bau cap kapak je.Saya gemar bersukan dan aktif juga tetapi bila cuaca terlalu panas,cepat aje kena migrain.Bila datang bulan pun cepat kena sakit kepala.Makanya, telan panadol,selalunya 2 biji tapi bila rasa tak tahan sangat, adakalanya telan 4 biji.Masa tu mana tau bahaya panadol. tak de pun inffo yang boleh dicari secara mudah ttg bahaya panadol ni.(Zaman saya dulu mana ada internet,komputer pun tak pernah dengar). Bila kena pening kepala/migrain tu, rasa macam kepala ni kena tarik kiri kanan.Sakitnya tak tertanggung sampaikan saya tarik rambut,hantuk kepala ke dinding,letak air, selam kepala dalam baldi berisi air, tenyeh minyak cap kapak setengah botol, muntah, sendawa. Hai... seksanya.Perkara ni berterusan hingga ke zaman universiti.Berjalan tengahari dari kelas di Pusat Asasi Sains UM ke Kolej Kediaman 3 yang jauh tu sgtlah menyeksakan,lebih2 lagi time hari panas terik. Bila sampai kat dewan makan kolej tu, terus ambil air,telan panadol 2 biji sebagai pencegahan dari kena migrain sebab lepas tu nak kena gi kuliah petang pulak.Dah kerja pun makin bertambah2le koleksi panadol,ponstan dan minyak cap kapak saya.Bila dah berduit, beli byk2; panadol dan minyak cap kapak ada dlm handbag, dalam bilik tidur,bawah bantal, dalam laci ofis,dalam beg baju pun siap stok. Tidur malam kalau tak pening kepala bolehlah masuk tidur tanpa makan panadol tapi di tangan pegang Minyak cap kapak.Itulah 'bantal busuk' saya. Dah kawin pun tabiat pegang minyak tu tetap diteruskan hingga suami pun tegur.Barulah tidur tak pegang minyak.Tapi, bawah bantal tetap letak botol kecil tu.Kini, dah lama saya tinggalkan panadol ni sebab dah tau bahayanya. Saya beralih pada DBless sebagai painkiller yang selamat.
So, bacalah nukilan blogger di bawah ni ye.
" Jangan ambil panadol actifast atau soluble jika anda rasa demam atau sakit kepala. Pengambilan panadol tersebut boleh memudaratkan kesihatan anda untuk pada masa akan datang.
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “pain killer”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda."
Sumber : Pengalaman Seorang Blogger
No comments:
Post a Comment