Tuesday 28 August 2012

Medicinal Values of Lemongrass l Khasiat Perubatan dalam Serai

 

Serai termasuk dalam golongan tumbuhan rempah di kalangan masyarakat Melayu, kerana ia digunakan secara meluas dalam penyediaan masakan. Serai mudah ditanam dan tumbuh berumpun. Bahagian yang digunakan adalah bahagian pangkalnya. Baunya yang harum menyebabkan sesuatu masakan itu terasa lebih sedap. Dalam masyarakat Melayu, serai juga mempunyai fungsi dalam amalan perubatan tradisional.
 (Among the Malay community, Lemongrass ,which  comes under the category of herbal plants . is widely used in food preparation. It grows easily.The bottem stem is edible. The aroma from the stem makes certain dish tastes delicious. Amongst the Malay, lemongrass also has traditional medicinal values)

Kelebihan Serai (Advantages of Using Lemongrass)

1. Sesak Nafas (Breathlessness)

Penyakit sesak nafas boleh menyebabkan pengidapnya menjadi kurus dan kesukaran untuk melakukan kerja-kerja yang berat. Pesakit juga tidak tahan dengan udara sejuk. Untuk melegakan penyakit ini, ambil 10 batang serai, gula merah sebesar ibu jari, basuh serai itu serta tumbuk sampai lumat. Bubuh dalam periuk yang mengandungi air sebanyak 2 gelas. Seterusnya masukkan gula merah, didihkannya sehingga tinggal airnya 1 gelas. Apabila sudah suam, tapis dan minumlah. Amalkannya 3 kali seminggu dan bila rasa lebih baik buatlah 2 kali seminggu dan seterusnya.
(Breathlessness can cause a person to become thin and have difficulties doing heavy work. The sufferer is unable to withstand cold weather. To ease the illness, pound 10 stems of lemongrass and later boil with 2 cups of water.Later add, thumb-sized palm sugar and boil it until the water is reduced to 1 cup. Let it cool,strain it and drink. Consume such drink 3 times a week and once the health has improved,consume it twice weekly.)

2. Memutihkan Gigi (Teeth Whitener)

Masalah gigi berkarat sering kali dialami oleh kaum lelaki yang merokok. Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan serai. Ambil 2 batang serai, basuh dan hiris halus. Kemudian tumbuk sehingga lumat. Campurkan serai tersebut dengan sedikit arang dapur dan gosok pada gigi yang berkarat. 
 (Men who smoke usually suffer from decaying teeth. This problem is easily overcome with lemongrass. Clean and thinly slice 2 lemongrass.Pound it finely and add in some wood charcoal. Place the paste on fingertip and brush over the teeth)

3. Melegakan Pening dan Lesu (Headache and Fatigue Reliever)

Masalah pening dan lesu sering dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Untuk melegakan masalah ini, ambil 1 batang serai, 1 potong kayu manis sepanjang 4 cm, 1 biji cengkih dan gula putih secukupnya. Masukkan semua bahan itu ke dalam gelas. Masukkan air mendidih ke dalamnya. Setelah sejuk dingin, minumlah dan sebaik-baiknya sebelum tidur.
(Most pregnant women suffer from dizziness and fatigue. To aliviate such problem, take 1 lemongrasss, 4cm of cinnamon, 1 clove and white sugar. Place all the ingredients in a glass and add boiling water. Leave it to cool and best to drink before going to bed.)

Sumber : wanitasihat.com

4.  Mencegah kanser ( Prevents Cancer)
Satu kajian mendedahkan bahawa setiap 100 gram serai mengandungi antioksidan yang boleh mencegah kanser. Pada tahun 2006, sebuah pasukan penyelidik dari University Gurion di Israel mencari sebatian dalam batang serai yang boleh mematikan sel kanser tanpa merosakkan sel sihat.
(A study revealed every 100grams of lemongrass contains anti oxydant that can prevent cancer. In 2006, a group of researchers from Gurion University in Israel has found the content in lemongrass is able to kill cancer cells without damaging healthy cell)
5.  Ubat gangguan pencernaan (Remedy for indigestion)
Teh yang mengandungi serai membantu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, masuk angin, kejang usus dan cirit-birit. Serai juga membantu mengurangkan gas dari usus sekaligus mencegah pembentukan gas lebih lanjut.
( Lemongrass in tea helps to overcome indigestion problems, stomachache, wind, intestinal cramps and diarrhea. Lemongrass helps to reduce gas from the intestine and prevent further gas development)
6. Detoksifikasi (Detoxification)
Serai juga mempunyai sifat detoksifikasi tubuh dengan meningkatkan jumlah dan kekerapan buang air kecil. Hal ini boleh membuat organ pencernaan, hati, pankreas, buah pinggang, dan kandung kemih bersih dan sihat kerana zat beracun dan asid urat sudah disingkirkan.
(Lemongrass helps the body to detox by increasing the quantity and frequency of urinating. This helps to cleanse the digestion organs, liver, pancreas,kidney as toxic and acid is eliminated)

 

7.  Manfaat pada sistem saraf ( Benefits to the nerve system)
Minyak esensial yang dibuat menggunakan serai boleh digunakan untuk menguatkan dan meningkatkan fungsi sistem saraf. Kerana minyak serai yang disapukan ke permukaan tubuh memberikan kesan menghangatkan, melemaskan otot dan meredakan kejang.
(Essential oils that contain lemongrass can be used to strengthen and increase the functions of the nerve system. The warm effects of rubbing the oil to the body  helps to relax muscles and reduce cramps)

 8.  Menurunkan tekanan darah ( Reduces Blood Pressure)
Serai berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, merangsang peredaran darah dan menghilangkan masalah tekanan darah. Pengambilan segelas jus serai untuk menurunkan hipertensi.
(Lemongrass helps to reduce blood pressure, improves blood circulation and stabilises blood pressure. A glass of lemongrass juice helps to reduce hypertension)
9.  Sebagai analgesik ( An Analgesic)
Serai meringankan semua jenis peradangan dan iritabiliti yang berkaitan dengan kebanyakan jenis sakit. Jadi jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot, sakit sendi, atau sakit, teh limau dan serai pasti boleh membantu.
(Elevates various irritations. If you are suffering from toothache, muscle or joint aches, drink lemongrass+ lime tea to ease the pain)
10.  Kulit indah (Improves Skin Complexion)
Serai merupakan asas dalam industri kosmetik. Manfaatnya antara lain mengurangkan jerawat dan berfungsi sebagai penyegar. 
(Lemongrass is one of the basic components in cosmetics industry. It helps to reduce acne and rejuvenates skin)

11.  Kesihatan wanita (Women's Health)
Pengambilan teh yang dicampur serai mungkin akan membantu mengurangkan sakit haid dan rasa mual.
(Consuming tea with lemongrass added in may reduce period pains and nausea)

source: http://panduanpercuma.info/tahukah/5468/serai-mencegah-penyakit-kanser/

No comments:

Post a Comment