Tuesday 1 December 2015

Kandungan Di dalam Jus Se7en

Kajian Universiti Universiti Seluruh Dunia

telah mengesahkan bahawa bahan bahan natural mengandungi khasiat khasiat semulajadi yang sangat berguna bagi mengelakkan dan menyembuhkan berbagai penyakit. Diantara bahan natural yang banyak di gunakan dalam kehidupan ialah bawang putih, halia, lemon, apple cider (cuka epal) dan madu.

Bawang Putih/ Garlic

Khasiat bawang putih untuk kesihatan jantung dan membantu sistem imun badan telah lama di ketahui. Sebagai anti-oksidan, bawang putih dapat memelihara darah beredar lancar ke seluruh badan dan memperkukuh imuniti badan.





Halia/Ginger

Halia telah digunakan sejak zaman dahulu sebagai perasa makanan dan ubat. Dalam Zaman Pertengahan (1000 - 1400) halia digunakan untuk mengubati wabak penyakit plaque yang melanda benua Eropah. Kini halia digunakan mengubat selsema, sakit kepala, radang saluran darah, arthritis sendi sendi dan batuk.

Lemon

Lemon terkenal kaya dengan vit C telah di gunakan sebagai antibakteria, antivirus, penggalak imun badan, mengurangkan berat badan, memulihkan penghadaman, dan baik pulih kesihatan hati.

Apple Cider / Cuka Pati Epal

Apple cider merupakan perahan epal yang telah diperam menjadi cuka (tanpa alkohol) diguna sebagai tonik untuk penyakit penyakit seperti diabetes, kanser, penyakit jantung, kolestrol tinggi, dan untuk mengurangkan berat badan. Apple cider juga menurunkan radang demam dan membantu penghadaman. Di dalam perut appple cider bersifat alkali.

Madu Kelulut/ Honey

Madu amat berkesan untuk mengubati beberapa penyakit usus, organ pernafasan, jantung dan saraf, juga beberapa penyakit lain.

No comments:

Post a Comment